Monday, September 22, 2014

Catatan seorang pencinta



Perjalanan ini.. Entah dimana harus aku mulakan.. entah bagaimana harus aku dahulukan.. Cuma yang aku tahu aku mengira detik mencongak waktu. Cinta dan sayang itu pernah hadir dalam hati dan sehingga kini atau sehingga mata ini tertutup rapat tetap pada diri mu. 

Tatkala berita mengenai ketumbuhan otak itu terdengar ditelinga. Entah bagaimana dan dimana harus aku letakkan diri ku. Aku kalut.. kacau.. entah dengan siapa aku ingin berbicara.. 
 Tak tahu apa harus aku lakukan.. Aku bingung dan bimbang.. Tapi aku pasti kau lebih risau. Andai sakit perit itu dapat aku tanggung ingin sekali aku berdoa dan menadah tangan pada Ilahi.. Agar diberikan sahaja pada aku.. Biar aku yang menanggungnya..
Sehingga tiba masa pembedahan nanti. Apa sahaja akan ku lakukan untuk mu.. Asal saja kau bahagia.. asal saja kau gembira..
Memang dihadapan mu aku masih mampu gelak ketawa.. masih mampu tersenyum.. tp jauh dalam hati aku amat gentar menanti tibanya waktu. Hanya doa yang mampu aku temankan buat mu.. semoga semuanya selamat dan terpelihara..
Sayang..
Berat hati ini ingin berkata.. Tapi segala yanng terbaik akan ku berikan.. semoga ini menjadi kenangan terindah buat mu.. 
Namun, apakan daya aku.. hanya sekadar yang termampu.. 

No comments:

Post a Comment